Pengenalan
udah menjadi sunnatullah,manusia dijadikan Tuhan dalam pelbagai rupa bangsa, warna kulit dan taraf hidup samada secara individu atau secara bermasyarakat. Miskin-kaya, maju-mundur, kuat-lemah dan sebagainya dalam kehidupan manusia dijadikan Tuhan supaya manusia hidup saling melengkapi antara satu sama lain sehingga lahirlah satu masyarakat manusia yang hidup harmoni, bantu membantu dan berkasih sayang sesama mereka. Yang kaya, maju, kuat dsb membantu dengan penuh kasih sayang mereka yang miskin, mundur, lemah dsb.
Di antara keperluan utama dalam masyarakat yang disuruh untuk kita mengambil perhatian dan mengusahakan bantuan ialah soal keperluan dan kebajikan hidup sebahagian anggota masyarakat yang kurang berkemampuan kerana kekurangan dalam perkara ini boleh menyebabkan pelbagai kepincangan berlaku dalam kehidupan mereka.
Di atas tuntutan inilah Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Ilham Tajdid (PKPIT) ditubuhkan sebagai pusat perlindungan dan penjagaan kebajikan kepada golongan tersebut terutamanya golongan yang layak menerima zakat dan juga anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan sebagainya.





